Minggu, 04 Juli 2010

Di bulan pertama hingga ke hujung tahun 2004,aku rasakan diri ku begitu bahagia sekali.Lagi-lagi percintaan aku dengan Husni berjaya masuk 8 bulan percintaan kami.Husni seorang yang suka memberi nasihat dan mengajar aku erti kehidupan.Menghormati keluarga dan mengutamakan pelajaran sentiasa dia mengingatkan aku.Menutup aurat dan menjadi muslim solehah.Betapa aku sayangkan dia.Dia lah lelaki yang aku cari selama ini.Tiada yang terbaik selain dirinya.Walaupun aku dalam percintaan,aku tidak pernah lupa akan tentang pelajaran.Kerana aku ingin jadi sepertinya.Berjaya hingga ke menara gading.Dia sentiasa menjadi ikon aku.Untuk aku berjaya.Family aku tahu bahawa aku berkawan dengan dia.Biasalah nasihat yang diberi oleh mak,bercinta-cinta juga,tapi pelajaran jangan dilupa dan jangan terlalu khusyuk dengan cinta.Takut kecewa di kemudian hari.

Walaupun aku ini mempunyai sikap kedegilan,tetapi apabila Husni bersuara,aku jadi reda.Dia bijak berkata-kata dan pandai memujuk aku.Dia tak pernah sekali pun memarahi aku.Kata-katanya sentiasa lembut dan mendamaikan.Ingin ku katakan padamu Husni,Aku akan sentiasa mencintai dirimu sehingga nafas terakhir ku.

A

Tidak ada komentar:

Posting Komentar