Sabtu, 31 Juli 2010

cerita pendek

Mata yang kian berkaca, seperti jernihnya titisan hujan yang turun di senja itu, garisan putih di atas jalan raya semakin pudar. Aku perlu berhenti, aku harus berhenti. Em, lega rasanya. Dunia seakan aman seketika bila deruman enjin motosikalku berhenti. Aku tadahkan wajahku ke ufuk barat, merenung lembayung senja seolah-olah itu senja terakhirku. Dalam hatiku, jiwaku, mindaku, tak berhenti-henti memberontak, membentak, menjerit. Amarah yang tidak terbendung, juga tidak terluah. Siapa harus ku salahkan? Takdir? Allah? Nauzubillah.

Semenjak mak dan ayah pergi menemui Allah, sepi rasanya hidup ini. Ah... aku tetap akan teruskan hidup ini. “Faz, abang dah balik ini”, ujar ku. “Abang......”, Fazrael terus menundukkan kepalanya. “Apasal ni? Apa yang dah berlaku?” tanyaku ingin mendapatkan kebenaran. “Faz jumpa loan shark, Faz pinjam dengan dia 2000 ribu lepas tu.........” “Gila ke! Nak mampus ke pinjam ngan loan shark tu. Sapa nak bayar 2000 ribu. Mana ada duit banyak tu!” jerkah aku pada Fazrael. Aku menampar wajah Fazrael. Fazrael terdiam. Memang sudah banyak kali dia ditampar dan dimarahi oleh aku. Semuanya kerana dia terlibat dengan kegiatan yang tidak elok iaitu gangster. “Kenapa kau ni, Fazrael?! Dah tak de orang lain lagi ke kau nak pinjam duit?! Yang kau pinjam dengan loan shark tu kenapa?!” jeritku sambil menggoncangkan tubuh Fazrael. “Bang, Faz dah terdesak…” Fazrael tunduk. “Kau…selesai sendiri!!” aku terus beredar dari situ. Kalau ditunggu lagi, aku pasti akan membelasah sendiri Fazrael yang degil itu. Belajar malas, buat kerja gila. Aku dahlah penat kerja cari duit untuk dia. Fazrael terduduk. Tiba-tiba, telefon rumahku berdering. Fazrael telan liur. Sekarang, dia memang takut kalau bunyi telefon. Takut kalau pemiutang yang menelefonnya. Memang Fazrael gila! Kenapa dia pergi pinjam dengan loan shark?! “Woi! Angkat telefon tu?!” jeritku. “Helo?” “Hei, Fazrael!! Hutang kau RM2000 tu bila nak bayar hah?!” Sah! Memang dia yang telefon. Lutut Fazrael menggigil. Dia terduduk. Peluh memercik di dahi. Fazrael menguakkan rambutnya. “Hoi pekak! Duit aku RM2000 tu bila nak bayar? Kau nak mampus ke hah?!” tengking lelaki itu lagi. “Taiko, berilah saya masa dua hari lagi. Tolonglah. Saya janji saya akan cari duit untuk bayar…” “Kau memang banyak alasan! Esok aku nak duit aku! Kalau tak kau mampus!” KLIK! ”Alamak, mampus aku kali ni” Fazrael tunduk. “Tidak! Apa yang perlu aku buat?” Fazrael menangis. Aku hanya merenung kosong ke arah Fazrael. Nahas tak diundang dia yang cari. Menyusahkan orang. Baik aku masuk bilik tidur.

Aku merenung ke siling. Siapa yang patut dipersalahkan. Aku ke? Aku yang tak latih dia sampai jadi macam ni. Macam mana nie esok loan shark tu datang.


Aku menunggang motosikal beredar dari workshop. Letih juga jadi mekanik ni. Setibanya aku di hadapan rumahku, aku ternampak sebuah kereta Porche merah park kat depan rumahku. Aku terus bergegas masuk ke rumah.”Abang!!!!” satu suara yang sudah biasa kudengari tetapi kali ni dengan nada cemas. . Dua orang lelaki sedang membelasah Fazrael dengan teruk sekali. Boleh dikatakan seramai 10 orang lelaki di situ. “Jangan! Jangan pukul adik aku lagi!” Fazu memeluk Fazrael yang berlumuran darah. “Tolonglah, dia masih belajar…” “Kau siapa?” tanya seorang lelaki yang berwajah serius. Fazu mengerling ke arahnya. Wajah lelaki yang serius tadi bertukar. “Aku kakak dia!” “Kak, Faz mintak maaf…” Fazrael terbatuk kecil. Fazu hanya merenung wajah adiknya. Lelaki tadi mengarahkan konco-konconya agar tidak berbuat apa-apa. Dia mendekati Fazu dan duduk berhadapan dengan Fazu. “Kau tahu tak adik kau berhutang dengan aku sebanyak RM2000?!” “Aku tahu.” “Inilah padah dia kalau dia tak boleh bayar. Jangan pinjam kalau tak reti bayar!” kata lelaki itu. “Kau bagi masa sebulan lagi. Nanti dia bayar.” Pinta Fazu. Lelaki itu diam. Dia menatap wajah Fazu yang ayu itu. “Seminggu.” “Dua minggu?” pinta Fazu lagi. “Tak boleh. Dia dah lama berhutang dengan aku!” Fazu tunduk memandang adiknya. Fazrael memejam mata. Apa harus aku buat? Seminggu? Mana aku nak cari duit tu? Aku sendiri pun tak de duit. “Seminggu kemudian aku akan datang balik. Geng!” Lelaki itu terus beredar meninggalkan Fazu dan adiknya. “Seminggu…”

“Kak, Fazrael mintak maaf kak.” “Kau diamlah! Aku dah bosan hidup macam ni. Asyik risaukan kau aja. Diri aku ni sapa pulak nak risau?!” Fazu menutup TV. “Kau tahu tak, hari ni diorang nak datang! Mana aku ada RM2000?!” “Kak…” Fazrael tunduk. Hati Fazu berdebar-debar apabila terdengar bunyi deruman kereta. Diorang dah datang! Fazu menjenguk melalui tingkap. Eh? Cuma ada kereta Porsche. “Porsche sapa pulak ni..” Fazrael telan liur. Fazrael membuka pintu rumahnya. Dia tidak berani untuk mendekati kereta itu. Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki keluar dari kereta itu. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam rumah Fazreal dan berdiri betul-betul di hadapan Fazrael. "Mana Duit aku?" tanya lelaki itu. "Hari itu kau janji sebulankan?" Fazrael cuba menghelah.
Retrieved from "http://wikisource.org/wiki/Cerita_Pendek"
Category: Bahasa Melayu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar